Di era pemodenan hari ini, penggunaan terhadap
peranti-peranti telekomunikasi makin banyak digunakan. Pengguna kebiasaannya
menggunakan peranti-peranti ini untuk berhubung kepada pengguna-pengguna yang
lain atau kepada laman web syarikat-syarikat swasta atau laman web kerajaan dan
syarikat kerajaan sendiri. Dengan adanya kemudahan-kemudahan ini, ramai pihak
yang mengambil peluang untuk berniaga di dalam internet untuk memperolehi
keuntungan yang lebih lumayan sehingga wujudlah laman-laman web e-dagang
seperti Lazada, Mudah, Shopee dan lain-lain.
8 Cent Malaysia Sdn Bhd adalah salah satu bentuk
e-dagang yang disediakan untuk peniaga menjual barang-barangan mereka dan
membenarkan pelanggan untuk membeli barang di laman web www.8cent.com secara
online. 8cent akan mengumpulkan semua data-data yang dimasukkan oleh peniaga
dan memaparkan barang-barang tersebut di halaman hadapan laman web untuk
memudahkan pelanggan untuk mencari barang yang mereka inginkan.
Laman web 8 cent.com juga boleh digunakan diseluruh
Malaysia. Sama ada di Semenanjung Malaysia atau di Sabah dan Sarawak. Laman web
8cent.com akan mengumpulkan semua data-data peniaga tidak kira dimana mereka
dan akan menyiarkan data-data itu di seluruh Malaysia. Dengan ini, semua pelanggan
di Malaysia mampu melihat dan memperolehi barangan itu berdekatan dengan tempat
mereka.
8cent.com juga tidak mengenakan sebarang bayaran
kepada peniaga untuk menyiarkan barangan mereka di dalam laman web ini.
Sesetengah laman web e-dagang mengenakan caj kepada peniaga apabila mereka
ingin menyiarkan barang mereka. Oleh sebab itu, beberapa para perniaga tidak
senang untuk menggunakan laman web e-dagang untuk memasarkan barang mereka.
Disebabkan laman web 8cent.com tidak mempunyai bayaran dalam menyiarkan
barangan peniaga, para peniaga tidak perlu bimbang lagi untuk menyiarkan
barangan mereka di laman web ini.
8 Cent (Malaysia) Sdn Bhd mewujudkan laman web 8cent.com
adalah untuk memudahkan peniaga dan pelanggan untuk melakukan urusan
berjual-beli secara online. Dengan kemudahan ini, peniaga mampu meniagakan
barangan mereka tanpa sebarang kos penyiaran dan pelanggan mampu untuk
mendapatkan barangan mereka yang berada di seluruh Malaysia.
Untuk keterangan lanjut, layari https://www.8cent.com/ - https://www.8cent.com …